Pada hari ini saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai pembelian ebook atau ebuku. Ini merupakan bahagian satu iaitu pengenalan kepada ebook.

ebook /ebuku adalah singkatan kepada buku elektronik. ebook tidak berbentuk fizikal sepertimana yang biasa boleh didapati di kedai-kedai buku atau almari buku anda yang telah berhabuk ;). Buku ini biasanya ditulis menggunakan perisian word, open office writer dan ditukarkan formatkan kepada file pdf. Untuk membacanya biasanya anda perlu memiliki perisian adobe reader yang boleh didapati secara percuma.

Sebelum kita membeli sesuatu ebook, pastinya kita akan melihat terlebih dahulu judul dan tajuk perbincangannya seperti juga buku-buku biasa. Jika ia bersesuaian dan memenuhi keperluan kita maka barulah dipertimbangkan samada ianya perlu dibeli atau tidak. (more…)